Bercuti bersama keluarga cukup menyeronokkan terutama kanak-kanak. Membawa Mereka ke acara besar seperti sambutan hari malaysia pastinya mengujakan dengan pelbagai aksi yang menarik.
Namun dengan kehadiran ramai orang serta keadaan yang bersesak-sesak, ia adalah situasi yang cukup sukar dan menyebabkan perkara tidak diingini termasuk terpisah daripada ibu dan bapa.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, tip kali ini mungkin membantu anda jika membaca si kecil bercuti
TIP-TIP ELAKKAN ANAK HILANG
——————————————————————
1.AJAR ANAK MENGINGAT NAMA ANDA
Tidak mengetahui nama ibu dan bapa adalah masalah baisa yang terjumpa anak kecil yang terpisah dari keluarganya. Justeru, ajar anak mengingati nama anda dan pasangan supaya jika ditemui, petugas dapat mencari anda, latih mereka mengingati nombor telefon anak.
2.TANDA NAMA
Kemana jua anda pergi, biasakan menulis nama anak dan pasangan di atas kertas atau kad kecil. Selain nama, tuliskan juga alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.
Masukkan kad nama itu ke dalam poket seluar anak atau di dalam beg mereka. Dengan itu, apabila anak anda terpisah dengan anda, sesiapa yang menjumpai anak anda boleh menghubungi anda dengan mudah.
Selain tanda nama , anda juga boleh menulis pelbagai cara butiran penting yang boleh dibawa bersama anak anda.
3.DUKUNG ANAK
Dengan keadaan yang sesak, ada baiknya anda mendukung anak anda apatah lagi jika anak masih kecil.
Adalah lebih baik isteri di depan, anak di tengah dan bapa di belakang lebih-lebih jika mdmpunyai anda lebih daripada dua. Dalam apa jua situasi, awasi anak anda dan jangan sesekali leka.
4.TENTUKAN TEMPAT BERJUMPA
Jika bercuti dalam kumpulan, pastikan anda menetapkan lokasi untuk berjumpa. Walaupun masing-masing punya telefon, tetapkan tempat berjumpa untuk mengelak Sebarang masalah seperti bateri telefon bimbit habis atau sebaliknya.
Jika berkunjung ke taman tema atau kompleks membeli-belah, jadikan kaunter pertanyaan ssbagai tempat pertemuan jika terpisah dari kumpulan atau sebaliknya.
5. GAMBAR ANAK
Gunakan kemajuan teknologi yang ada dengan menangkap gambar anak ketika keluar pada hari itu.
Sekurang-_kurangnya, apabila anda mencari mereka, anda boleh tahu warna pakaian , kasut, beg dan banyak lagi petunjuk untuk mencari anak anda jika terpisah.
6. JANGAN PANIK
Sebagai ibu bapa, panik ketika terpisah dengan anak adalah perkara biasa. Namun,cuba bertenang dan tidak panik. Carilah dengan sebaik mungkin dan dapatkan bantuan dari pihak yang sepatutnya di mana juga anda berada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan