Isnin, 30 Januari 2017

Adik nak jadi princess

Adik sekarang dah makin besar dan pandai berangan konon2 nak jadi puteri


Alkisah semalam pergi Gaint nak belanja barang2 dapur sikit, masa lalu dekat bahagian alat2 mainan kanak2 terus Adik meluru sambil berlari dan ambik mainan satu set alat2 ala2 puteri gitu
Terperanjat ada nak ketawa pun ada tak sangka Adik dah pandai pilih mainan
Pandai pulak tu dia pilih mainan ala2 puteri ni mesti terpengaruh dengan cerita karton yang dia selalu tengok tu Sofia the first hihihi..
Dah besar rupanya anak ibu yang bongsu ni, yalah dah 3 tahun kan tahun ni dah pandai berimaginasi gitu
Masa dekat dalam Giant tu langsung tak nak lepas mainan tu, asyik mintak nak gi tempat cashier aje. Masa nak bayar cepat aje dia letak mainan tu dekat atas meja cashier tu mata dia tak usah cakaplah memang tak berkeliplah tengok kat budak cashier risau takut org tak bagi balik barang dia hihihi..hm..Adik2
Sampai aje kat rmh terus dia suruh bukak
Akak layankan ajelah terus dia pakai sambil berangan konon2 dia puteri
Kelakarnya dik....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan