Rabu, 29 Mac 2017

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Anda disahkan hamil? Tentu seronokkan sebab tak lama lagi bakal menjadi seorang ibu. Dan tak lama lagi dapat merasai sesuatu yang bergerak-gerak didalam kandungan, waw tentu hebat semua tu kan? Nikmat yang Allah beri

Namun dalam duk seronok tu pasti ada cabarannyakan
Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal


- Alahan Teruk
- Morning Sickness
- Tak boleh makan atau tiada selera makan
- Muntah dan Loya
- Anemia = Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
- Keletihan dan rasa malas
- Mood swing

Biasanya ibu hamil mengalami simptom Kehamilan yang boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Jangan risau, keadaan tersebut hanya sementara.Simptom Kehamilan boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang diperlukan dan cara yang betul.Selain itu, rehat yang secukupnya dan sokongan yang kuat daripada suami juga amat diperlukan .

Set mengandung shaklee dapat membantu korang menjalani proses kehamilan dengan indah.



First Trimester

Vitalea (multivitamin dengan zat besi)
- Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) dimana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
- Anemia ini merbahaya kepada anak dan ibu kektika bersalin kelak.
- Oleh itu, pengambilan mulivitamin amat penting semasa mengandung.
- Vitalea adalah produk wajib dalam set kehamilan shaklee trimester 1 2 dan 3


2 . B Complex (asid folik)
- B Complex Shaklee ini unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin , mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.
Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnnya 200@400 mcg (1@2biji) asid folik sehari.


3.Vitamin C
Membantu dalam proses pembinaan kolagen , menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
Meningkatkan sistem pertahanan dan
membantu dalam penghadaman bagi ibu-ibu mengandung.
Vitamin C juga meningkatkan kadar serapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


4 . Ostematrix (pil kalsium)
Membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menganggu kalsium
untuk keperluan tubuh si ibu .
Ia juga membaiki rangsangan urat saraf,
mengelakkan kekejangan otot bagi ibu-ibu mengandung.
Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi .

Untuk second & third trimester bolehlah ambik Omega guard dan Esp


5.Omega Guard
- Minyak ikan tulen sangat penting dalam
membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
- Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi .
- Manakala untuk ibu pula, ia membantu
mengawal paras kolesterol dalam badan


.
6.ESP (Protein)
ESP memberi tenaga ibu mengandung, di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat serta untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit .
Membantu ,membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu pertumbuhan plasenta dan penghasilan susu

.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kak ida ya.  untuk mendapatkan set  mengandung ni bolehlah hubungi
Whatsapp/call/sms  suhaida 0197594024
Id 1242885

KESAN SAMPINGAN PRODUK SHAKLEE

ADAKAH INI KESAN SAMPINGAN SHAKLEE? | SIDE EFFECTS PRODUK SHAKLEE


Banyak pertanyaan daripada pengguna selepas pertama kali menggunakan produk Shaklee sebagai makanan tambahan atau supplemen ini. Dan ada sesetengah pengguna seakan-akan takut untuk meneruskan pengambilannya setelah mengalami beberapa kesan sampingan setelah mula mengamalkan
vitamin Shaklee ini.

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui apa tu "Healing Crisis".
Okey mari akak terangkan sedikit apa itu healing crisis

HEALING CRISIS adalah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan terhadap perubahan untuk menjadi lebih sihat daripada proses penyembuhan secara semulajadi. Ianya berlaku apabila badan membuang toksin dari sistem tubuh disebabkan prosess pembersihan. Healing crisis ini boleh terjadi apabila menukar diet pemakanan, supplement dan treatment.

Dari sudut perubatan, healing crisis ini berlaku apabila sel-sel badan mengeluarkan toksin dalam sistem badan tetapi organ-organ penyingkiran toksin seperti kulit, hati, paru-paru, buah pinggang dan pundi kencing tidak mampu untuk menyingkirkan toksin tersebut dengan cepat.

Healing crisis adalah sangat normal dan berbeza untuk setiap indivdu. Ada individu kesanya ringan dan ada yang mengalami kesan yang teruk. Tetapi healing crisis ini adalah untuk sementara waktu sehingga badan dapat melawaskan toksin dengan lebih efektif.

Selalunya simptom ini akan berkurangan selepas 2 atau 3 hari dan adakalanya berminggu-minggu. Lebih lama toksin berada dalam badan lebih cepat individu akan mendapat penyakit. Bagi yang sudah ada major illness healing crisis mereka mungkin lebih teruk dari individu biasa.

Healing crisis ini adakalanya menakutkan tetapi ianya adalah tanda yang sangat membantu. Sebabnya kita tahu apa yang diambil sedang memberi kesan terhadap badan kita atau tidak.

Ok..jom kita lihat antara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna supplemen ini. Adakah anda mengalami salah satu situasi dibawah ini ?

Disini saya sertakan sekali pelbagai persoalan yang biasanya timbul yang mungkin dapat membantu anda semua ya...


Ini antara persoalan yang timbul beserta jawapannya sekali ya::

1. “Kencing saya berwarna kuning dan keruh apabila mengambil vitamin Shaklee”
Normal. Pengambilan vitamin yang mengandungi
vitamin B akan merubah warna air kencing kerana kandungan komponen vitamin B (larut air) yang dikeluarkan melalui air kencing.

2. “Kepala saya jadi pening selepas mengambil Shaklee”
Normal. Healing crisis kerana kekurangan air dalam badan. Tingkatkan kuantiti air (paling kurang 3L sehari).

3. “Susu saya jadi kuning/kehijauan selepas ambil Shaklee”
Normal. Kuning disebabkan vitamin B, hijau kerana kandungan klorofil dalam alfalfa.

4. “Saya jadi lawas pulak lepas ambil Shaklee”
Normal. Alfalfa juga bertindak sebagai pelawas.

5. “Saya demam lepas ambil Shaklee. Tapi suami saya dah 3 hari demam”
Mungkin berjangkit demam husband/memang dah nak demam.

6. “Period saya datang selepas ambil Shaklee”
Mungkin dah sampai masanya untuk period.

7. “Badan saya makin lesu lepas ambil Shaklee”
Normal. healing crisis. Banyakkan minum air.

8. “Anak saya kurang menyusu selepas ambil Shaklee”
Normal. Bayi cepat kenyang.

9. “Anak saya tidur lebih lama selepas saya ambil Shaklee”
Normal. Bila dah kenyang, tidurlah

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Suhaida mohamed
Tel/Sms/Whatsapp: 019-7594024
Visit and like fb page : Shaklee Indepedent Distributor Johor Bahru

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN
MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Selasa, 28 Mac 2017

FADILAT PUASA SEPANJANG REJAB

Fadilat


puasa sepanjang Rejab
REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta'azim
(kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan
kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi
peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk,
pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah
berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat
Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya
ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan
ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat
ibadat di dalam bulan itu.
Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil
kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh
sahabat mengenai kelebihan Rejab:
Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai
kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:
l Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga
tertinggi.
l Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan
pahalanya.
l Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang
yang menghalangnya ke neraka.
l Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
l Puasa lima hari - aman dari azab kubur.
l Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
l Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
l Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
l Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak
ditolak dia dari memasuki syurga.

l Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan
hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua
sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

l Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

l Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata
bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

l Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama
menziarahi Allah di dalam syurga.

l Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

l Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

l Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia
berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70
hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang
amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

l Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya,
jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
l Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada
susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.

l Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya
seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari
seribu kali.
l Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai
bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan
serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari,
sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain pada Rejab:
l Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab
Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
l Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam
Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
l Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah.
l Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala
Ramadan bulan menuai.
l Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan
menyucikan roh.
l Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala
Ramadan menggandakan kebajikan.

l Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan
dilimpahi pahala amalan yang banyak.

l Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan
Ramadan diganda 1,000 pahala
.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
l Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
l Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
l Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
l Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-
Nya
l Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah
Islam lain.
Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:
l Israk dan Mikraj (27 Rejab)
l Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
l Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.


Doa pada Rejab:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami
ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada
Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau
yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku
dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada
padaku.
Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku
mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat
mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan
melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

Di petik dari unit
Pendidikan Islam & ICT PPD jasin
 http://www.ppdjasin.edu.my

Suhaida
Id shaklee :1242885
Sms/whatsapp/call: 0197594024

Rabu, 22 Mac 2017

KEJUJURAN




Kisah pemuda yang jujur

Suatu hari , Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi . Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu .
Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda . Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka .

Ketika mereka sudah sampai , berhadapan dengan Umar , kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata :
" Tegakkanlah keadilan untuk kami , wahai Amirul Mukminin !"

" Qishaslah pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !"

Umar segera bangun dan berkata :
" Bertakwalah kamu kepada Allah , benarkah engkau membunuh ayah mereka , wahai anak muda ?"

Pemuda berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata :
" Benar , wahai Amirul Mukminin ."

" Ceritakanlah kepada kami kejadiannya ," ujar Umar .

Pemuda berpakain lusuh itu kemudian memulakan ceritanya .

" Aku datang dari pendalaman yang jauh , kaumku mempercayaiku atas suatu urusan muamalah untuk aku selesaikan di kota ini .

Apabila sampainya aku di kota ini , aku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkan dia (unta) . Begitu pantas , setelah aku kembali , aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku , rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu . Sungguh , aku jadi sangat marah tidak terkawal waktu itu , segera aku cabut pedangku dan kubunuh dia (lelaki tua tadi) . Ternyata dia adalah ayah dari kedua pemuda ini ."

" Wahai, Amirul Mukminin , engkau telah mendengar ceritanya , kami boleh mendatangkan saksi untuk itu ," sambung pemuda yang ayahnya terbunuh .

" Tegakkanlah hak Allah keatasnya ! Setimpal dengan yang lain ."

Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu .

" Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya . Dia membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat ," ujarnya .

" Izinkan aku meminta  dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu ," kata Umar .

" Maaf Amirul Mukminin ," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala .

" Kami sangat menyayangi ayah kami , dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga ."

Umar semakin bimbang , di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda berpakaian lusuh yang dinilainya amanah , jujur , dan bertanggungjawab .

Tiba-tiba si pemuda berpakaian lusuh berkata :
" Wahai Amirul Mukminin , tegakkanlah hukum Allah , laksanakanlah hukum qishas ke atasku . Aku redha dengan ketentuan Allah ," ujarnya dengan tegas .

" Namun , izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku . Berilah aku tangguh selama 3 hari . Aku akan kembali untuk penghukuman qishas ."

" Mana boleh begitu ?" ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu .

" Nak, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu ?" tanya Umar al Khattab .

" Sayangnya tidak ada , wahai Amirul Mukminin ."

"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku ?" pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar .

" Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari . Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu " kata Umar .

" Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini . Hanya Allah , hanya Allah-lah penjaminku wahai orang-orang yang beriman ," katanya dalam nada kesedihan .

Tiba-tiba dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang :
" Jadikan aku penjaminnya , wahai Amirul Mukminin ."

Ternyata Salman al-Farisi yang berkata .

" Salman ?" Umar mengherdik , kelihatan agak marah .
" Kau belum mengenal pemuda ini , Demi Allah , jangan engkau main-main dengan urusan ini ."

" Perkenalanku dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya , ya Umar . Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya ," jawab Salman dengan tenang .

Akhirnya dengan berat hati , Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda berpakaian lusuh tersebut . Pemuda itu pun segera pergi menguruskan urusannya .

Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh itu . Begitupun juga hari kedua . Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si pemuda tersebut akan kembali . Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan masa yang ditetapkan .

Hari ketiga pun tiba . Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut , dan mereka mulai khuatir akan nasib Salman , salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling utama .

Matahari hampir tenggelam , hari mulai berakhir , orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda berpakaian lusuh . Umar berjalan mundar-mandir menampakkan kegelisahannya . Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu .

Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas . Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman . Hadirin mulai teresak-esak menangis , kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan .

Tiba-tiba di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk , sekejap jatuh , sekejap bangun , kemudian jatuh lagi , lalu ia bangun kembali .

” Itu dia !” teriak Umar .
“ Dia datang menepati janjinya !” Masa dan waktunya

Dengan tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap , si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar .

” Hhuhuh..hh.. maafkan aku .. maafkan .. aku , wahai Amirul Mukminin ..” ujarnya dengan susah payah .
“ Tidak ku sangka ... urusan kaumku ... mensiakan ... banyak ... waktu ...”
” Kupacu ... tungganganku ... tanpa henti hingga ... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun ... Terpaksa ... aku tinggalkan ia ... lalu aku berlari dari sana ..”

” Demi Allah ,” ujar Umar menenanginya dan memberinya minum .

“ Mengapa kau bersusah payah untuk kembali ? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri ?” tanya Umar .

” Aku kembali agar jangan sampai ada yang mengatakan ... di kalangan Muslimin ... sudah tidak ada lagi pemuda ... yang menepati janji ...” jawab si pemuda berpakaian lusuh itu sambil tersenyum .

Mata Umar berkaca-kaca sambil menahan sedihnya , lalu ia bertanya :
“ Lalu engkau pula , Salman , mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin orang yang baru sahaja engkau kenal ?"

Kemudian Salman menjawab :
" Agar nanti jangan sampai dikatakan , di kalangan Muslimin ,  sudah tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya .”

Hadirin mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan kejadian itu .

” Allahu Akbar !” Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak .

“ Saksikanlah wahai kaum Muslimin , bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu .”

Semua orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut .

“ Kamu berdua ...” ujar Umar .
“ Apakah maksudnya ini ? Mengapakah kamu ..?” Umar semakin terharu .

Kemudian dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
” Agar jangan sampai dikatakan nanti , di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya .”

” Allahu Akbar !” terdengar ucapan takbir daripada hadirin .

Pecahlah tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang .

MasyaAllah ... saya bangga menjadi muslim andainya ada bersama kita pemuda berjiwa satria , muslim yang memuliakan al Islam dengan berbahagi pesan nasihat untuk tetap istiqomah berada di jalan-Nya .
Allahu Akbar …!
 Kisah yg hebat ..... Allahuakbar ! 😭😭😭

Teringin nak share sebab kehebatan kisahnya ... Allahuakbar !
Itulah  jiwa insan hasil produk didikan Rasullullah  yg semakin hilang .
Untuk sama sama renungkan

3 perkara yang semakin hilang
.
1) janji janji yang tidak dikotakan
2) saling percaya mempercayai dan menanggung beban bersama sama
3) saling memaafkan sedangkan apa yang dilakukan adalah membunuh 😭😭😭😭

Semoga kita masih ada 3 perkara ini .

In shaa Allah

Pengedar Sah Shaklee 1242885
0197594024 Suhaida

Ahad, 19 Mac 2017

TAWAKAL KEPADA ALLAH



BEBASKAN DIRI DARIPADA BERHALA DUNIA
Buat peniaga khususnya. 

Saya dapat catatan ini daripada Telegram.. Sungguh menyentik rasa. Saya kongsikan di sini. 

Kredit kepada penulis asal yang tidak diketahui siapa. 
----------------
Nice sharing utk kita2...

Buang Berhala Dunia!

Assalamualaikum wbt..
Siapa nak dengar cerita? Ini kisah sahabat saya. Kita namakan beliau, Amna.

Amna seorang peniaga online. Majoriti promosi dan iklan memang beliau guna media sosial. Setiap hari. Dah sah sah order yang datang dari media sosial. Kurang fokus kepada offline customer. Kalau ada pun dari ahli keluarga dan rakan terdekat.

Ada satu waktu, promosi yang dibuat langsung tak dapat sambutan. Beliau ubah cara promosi. Ubah teknik. Ubah pendekatan. Tapi, masih macam tu. Stok tak gerak-gerak. Ah sudah! Stress pun datang bertimpa-timpa. 

Hingga satu saat, Allah detikkan dalam hati supaya beliau off seketika. Beruzlah (jauhkan diri dari hal dunia dengan dekatkan diri kepada Allah untuk rasa tenang hati dan fikiran). Sepanjang tempoh itu, beliau cuma uruskan keluarga dan beramal ibadat macam biasa.

Cuma beliau kata, kadang ada bisikan-bisikan datang. Risau itu. Risau ini. Tak sudah sudah. Contoh;

“Camana ni order belum masuk?” “Kerja tu tak siap lagi.” “Kerja ni tak buat lagi.”

Stop. Stop. Stop kan suara-suara halus tu. Counter back dengan cakap macamni, 

“Ya Allah, bantu aku. Aku serahkan semua urusanku pada Engkau. Ya Allah tolonglah uruskan diriku, keluargaku, bisnesku dan kerja-kerja lain.”  

Kadang nak solat pun teringat-ingat lagi. Jadi, cakap lagi ulang-ulang.

“Ya Allah Ya Bari’, aku tak mampu. Tolong uruskan order order aku Ya Allah. Aku serah bulat-bulat kepada Engkau Ya Allah.” 

Tahu apa jadi? Tak lama. Beberapa hari lepas itu, tanpa buat marketing. Order masuk bertalu-talu. Ada customer offer diri nak jadi ejen. Tiba-tiba customer lama bank in untuk confirm order. Senang cerita, akaun bank aktif balik. Stok gerak sedikit demi sedikit. 

Allahu Akbar! Siapa yang buat semua itu? Pastinya Dia, Allah Maha Kuasa. Allah berhak gerakkan setiap inci zarah kehidupan. Tanpa izin Dia, semua benda akan stuck.

Kawan-kawan, kadangkala kita rasa taksub sangat dengan apa yang kita usaha. Buktinya kita lebih yakin, kalau buat yang ini mesti jadi. Buat itu confirm berjaya. 

Dalam tak sedar, wujud berhala dunia dalam hati kita. Seolah-olah, usaha-usaha itu yang bagi kita rezeki. Mungkin dengan rasa begitu, connection antara kita dan Allah terhijab (terhalang). 

Maka, macam-macam ujian Allah buat untuk tarik kita balik. Supaya kita tak jauh tersasar dari Dia. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Rezeki Dia luas. Rahmat Dia pun luas.

Berusahalah, bekerjalah sedaya upaya dan sesungguh hati. Cuma, sandarkan setiap satu kerja kepada Allah SWT. Bukan pada kudrat kita. Sandaran yang kuat buat kita tak mudah penat. Jauh dari rasa kecewa. Apatah lagi nak rasa diri hebat. 

Hakikatnya, semua milik Allah yang hakiki. Allah bagi pinjaman saja pada kita.

Nota : Sebelum buat apa-apa kerja, setkan niat Lillahi Ta'ala. InsyAllah Allah yang buatkan semuanya.

Moga bermanfaat...

Pengedar shaklee skudai: suhaida mohamed
                                       ID. : 1242885
Call/sms/whatsapp.         : 0197594024

Jumaat, 17 Mac 2017

REZEKI KURMA BUSUK


Alhamdulillah...
saya nak share cerita ni mungkin ada diantara  kita ni bisnes man dan woman. Hayati yer...

REZEKI KURMA BUSUK

Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin!

MasyaAllah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..❤

Khamis, 9 Mac 2017

Kelebihan dan kebaikan Daily Essential Set Shaklee

Statistik dari WHO(world health organization) hanya 20% manusia di dunia ni yang betul-betul ada sakit kronik.

Dari 80% yang tinggal hanya 5% je yang benar-benar sihat,lagi 75% tu semuanya separuh sihat.

Maksud betul-betul sihat tu orang yang tiada masalah kesihatan seperti selalu sakit kepala,masalah perut berangin, masalah sakit pinggang, sakit lutut,sentiasa bertenaga sepanjang hari dan lain-lain lagi.. So golongan ni hanya 5% je..

Selebihnya 75% separuh sakit contohnya Sakit kepala la, sakit perut la, sakit sendi la,resdung la, alahan la.. Ada je sakit dia kan.

So untuk golongan yang 80% ni memang kita akan sentiasa terdedah untuk menjadi pesakit yang kronik jika tak ambil pemakanan yg lengkap atau nutrisi yg lengkap

Tak cukup kalsium la, tak cukup protein la, tak cukup vitamin atau mineral,tak cukup fiber atau zat-zat yang lain yang di perlukan dalam badan melalui pemakanan harian.

Kalau setiap hari pemakan kita tak lengkap dengan nutrisi so semakin lama badan kita semakin terdedah dengan penyakit kronik.

Kesihatan kita akan semakin berkurangan.

So that why kita perlukan extra vitamin atau supplement dalam kehidupan.

Sebab apa??

Sebab dalam pemakanan kita setiap hari tak mungkin akan lengkap segala nutrisi yang di perlukan.

Kalau ada pun tak cukup sebab segala sumber-sumber vitamin atau mineral rosak akibat cuaca atau pencemaran serta penggunaan racun serangga.

So siapa yang cakap dia tak perlukan supplement atau vitamin tambahan tu sebenarnya anda silap.

So pengambilan supplement atau vitamin yg natural akan membantu mengurangkan risiko ke arah penyakit kronik~

Saya tergolong dalam golongan separuh sihat sebab tu saya pilih amalkan pengambilan supplement & vitamin.

Korang pulak golongan yang mana ya????

DAILY ESSENTIAL SET

                             Terdiri daripada ESP, Vita Lea, Vita C Plus, omega guard.


#ESP

1. Awet muda dengan asid amino penting untuk membina rambut, darah, kulit, otot, kuku dan lain-lain.
2. Baik untuk hormon.
3. Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan, juga baik untuk prostat.
4. Merangsang penghasilan semula kulit dan otot, mengembalikan radian kulit serta memudarkan kesan parut.
5. Pembekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun badan dan membantu cegah migrain.
6. Membaiki masalah rambut gugur/beruban.
7. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat membantu mereka yang nak mengurangkan berat badan dan untuk menjaga kesihatan jangka panjang.


#VitaLea

1.Mengelakkan keletihan, menambah kecergasan tubuh dan kekuatan mental ibu-ibu
2.Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran
3.Penting untuk pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, hormon dan menjaga kesihatan tiroid
4.Melengkapkan nutrisi bagi mereka yang sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang atau mempunyai sakit seperti anemia, pengamal vegetarian
5.Membantu merangsang proses metabolisme badan
6.Melambatkan proses penuaan
7.Melindungi fungsi organ seperti hati, jantung dan buah pinggang.


#VitaCPlus

Sebab perlu ambil vita c plus semasa melakukan aktiviti seharian.

1.Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
2.Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.
3.Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
4.Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 5. 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
6.Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.
7.Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan kulit.


#OmegaGuard

1. Mereka yang mempunyai kolestrol tinggi
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa suplemen
minyak ikan mengurangkan tahap trigliserida.
Mempunyai tahap lemak darah yang tinggi adalah berisiko untuk mendapat penyakit jantung. DHA sahaja
juga telah terbukti untuk menurunkan trigliserida pada tahap yang lebih rendah.
2. Tekanan darah tinggi
Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh menurukan
tekanan darah pada orang dengan tekanan darah tinggi.
Analisis 17 kajian klinikal menggunakan makanan tambahan minyak ikan mendapati bahawa mengambil 3 atau lebih gram minyak ikan setiap hari boleh mengurangkan tekanan darah pada orang dengan tekanan darah tinggi yang tidak dirawat. Dos yang tinggi ini, bagaimanapun, hanya boleh diambil di bawah arahan
doktor.
3. Penyakit jantung
Peranan Omega-3 asid lemak dalam penyakit kardiovaskular sudah lama dibuktikan. Salah satu cara yang terbaik untuk membantu mencegah penyakit jantung adalah untuk makan makanan yang rendah lemak tepu dan makan makanan yang kaya dengan lemak monotaktepu dan politaktepu (termasuk omega -3 asid lemak) . Bukti klinikal menunjukkan bahawa EPA dan DHA (asid eicosapentaenoic dan asid docosahexaenoic, 2 omega -3 asid lemak yang ditemui dalam minyak ikan) membantu mengurangkan faktor risiko untuk penyakit jantung, termasuk kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Minyak ikan telah terbukti untuk tahap trigliserida yang lebih rendah (lemak dalam darah) , dan untuk mengurangkan risiko kematian , serangan jantung , strok, dan irama jantung yang tidak normal pada orang yang telah mempunyai serangan jantung. Minyak ikan juga membantu mencegah dan merawat aterosklerosis (pengerasan arteri) dengan memperlahankan pembentukan plak dan darah beku, yang boleh menyumbat arteri.
4. Diabetes
Pesakit diabetes sering mempunyai trigliserida tinggi dan paras HDL yang rendah. Asid lemak Omega-3 dari
minyak ikan boleh membantu merendahkan trigliserida dan apoproteins (penanda diabetes) dan meningkatkan
HDL, jadi makan makanan atau mengambil makanan tambahan minyak ikan boleh membantu pesakit diabetes. Satu lagi jenis Omega-3 asid lemak, ALA (dari
flaxseed, misalnya) mungkin tidak mempunyai manfaat
yang sama seperti minyak ikan. Sesetengah orang yang menghidap diabetes tidak boleh cekap menukarkan ANA
kepada satu bentuk asid lemak omega-3 yang boleh
digunakan badan.
5. Rheumatoid arthritis (RA)
Kebanyakan kajian klinikal memeriksa makanan tambahan asid lemak Omega -3 untuk artritis telah memberi tumpuan kepada artritis reumatoid (RA), penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan pada sendi. Beberapa kajian kecil telah mendapati bahawa minyak ikan membantu mengurangkan gejala RA, termasuk sakit sendi. Walau bagaimanapun, tidak seperti ubat-ubatan preskripsi , minyak ikan bukanlah untuk memperlahankan perkembangan RA , ttp hanya untuk merawat gejala-gejala shaja. Kerosakan sendi masih berlaku.
6. Systemic lupus erythematosus (SLE)
Beberapa kajian kecil menunjukkan bahawa EPA dan minyak ikan boleh membantu mengurangkan gejala lupus, keadaan autoimun yang dicirikan oleh keletihan dan sakit sendi. Walau bagaimanapun, 2 kajian kecil mendapati minyak ikan mempunyai kesan ke atas lupus nephritis (penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh lupus, satu komplikasi penyakit yang kerap.
7. Osteoporosis
Beberapa kajian menunjukkan bahawa asid lemak Omega -3 boleh membantu meningkatkan tahap kalsium dalam badan dan meningkatkan kekuatan tulang , walaupun tidak semua keputusan adalah positif .
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa orang-orang yang tidak mendapat cukup sesetengah asid lemak perlu ( terutamanya EPA dan asid gamma-linolenik [GLA], omega- 6 asid lemak) lebih cenderung untuk mempunyai kehilangan tulang daripada mereka yang mempunyai paras asid lemak yang normal. Dalam kajian ke atas wanita lebih 65 dengan osteoporosis, mereka yang mengambil EPA dan GLA tambahan mempunyai kehilangan tulang kurang lebih 3 tahun daripada mereka yang mengambil plasebo. Kebanyakan wanita juga mengalami peningkatan dalam kepadatan tulang.
8. Kemurungan
Kajian telah mendapati hasil yang pelbagai sama ada mengambil Omega -3 asid lemak boleh membantu gejala kemurungan. Beberapa kajian telah mendapati bahawa orang yang mengambil Omega-3 asid lemak di samping preskripsi antidepresan mempunyai peningkatan yang lebih besar dalam gejala daripada mereka yang mengambil antidepresan sahaja. Kajian lain menunjukkan bahawa pengambilan omega -3 asid lemak membantu melindungi daripada kemurungan postpartom. Walau bagaimanapun, kajian lain tidak menemui manfaat. Kemurungan adalah penyakit yang serius dan anda tidak harus cuba untuk merawatnya sendiri. Jumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.
9. Gangguan bipolar
Dalam suatu kajian klinikal 30 orang dengan gangguan dwipolar, mereka yang mengambil minyak ikan sebagai tambahan kepada rawatan preskripsi standard untuk gangguan bipolar selama 4 bulan mengalami sedikit perubahan mood berbanding mereka yang menerima placebo.
10. Attention deficit/hyperactivity disorder (ADHD)
Kanak-kanak dengan gangguan perhatian defisit / hiperaktif (ADHD ) mempunyai tahap asid lemak perlu yang rendah ( termasuk EPA dan DHA). Dalam suatu kajian klinikal hampir 100 kanak-kanak lelaki ,yang mempunyai tahap yang lebih rendah daripada asid lemak omega -3 mempunyai lebih banyak masalah pembelajaran dan tingkah laku (seperti tantrums sabar dan gangguan tidur) daripada kanak-kanak lelaki dengan tahap asid lemak Omega -3 biasa. Makan makanan yang tinggi dalam Omega-3 asid lemak adalah pendekatan yang munasabah bagi seseorang yang mempunyai ADHD.
```````
11. Penurunan kognitif
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kekurangan pengambilan asid lemak omega -3 dikaitkan dengan peningkatan risiko penurunan kognitif berkaitan usia atau demensia, termasuk penyakit Alzheimer. Ahli-ahli sains percaya omega -3 asid lemak DHA adalah perlindungan terhadap penyakit Alzheimer dan demensia.
12. Masalah kulit (psoriasis)
Dalam satu kajian klinikal, 13 orang dengan sensitiviti matahari dikenali sebagai foto dermatitis menunjukkan kurang sensitiviti kepada sinar UV selepas mengambil makanan tambahan minyak ikan. Walau bagaimanapun, pelindung matahari topikal adalah jauh lebih baik untuk melindungi kulit daripada kesan kerosakan matahari daripada omega -3 asid lemak. Dalam kajian yang lain 40 orang dengan psoriasis, mereka yang mengambil EPA dengan ubat-ubatan preskripsi memberi kesan lebih baik daripada mereka yang dirawat dengan ubat-ubatan sahaja. Walau bagaimanapun , kajian yang lebih besar daripada orang-orang dengan psoriasis mendapati tiada manfaat daripada minyak ikan.
13. Asma
Kajian menunjukkan asid lemak omega -3 untuk asma adalah bercampur-campur. Dalam satu kajian klinikal 29 kanak-kanak dengan asma, mereka yang mengambil makanan tambahan minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA selama 10 bulan menunjukkan gejala yang berkurangan berbanding kanak-kanak yang mengambil plasebo.


Yang berminat boleh whatsapp saya ya 0197594024
Harga kasih sayang saya beri ok😘

Independent Distributor 1242885
Shaklee Johor Bahru, Johor

Selasa, 7 Mac 2017

Rawat Buasir Dengan Shaklee

Assalamualaikum.. Terima kasih kerana sudi singgah di blog akak. Hari ini akak nak share sikit tentang B.U.A.S.I.R

Apa itu buasir?

Buasir terjadi apabila salur darah vena yang membesar di bahagian rektum dan dubur. Ia boleh jadi radang dan membengkak.

#Buasir
#Ostematrix
#OmegaGuard
#AlfalfaComplex
#HerblaxShaklee

 Jenis-jenis buasir #1



Buasir Luaran - ni yang paling seksa kerana pesakit akan berasa sakit, tidak selesa, berdarah, gatal2 dan ada bengkak semasa nak membuang air besar . Lagi teruk apabila buasir tersepit kerana salur darah tersumbat yang menyebabkan darah beku. Dan ia berpotensi untuk berulang lagi.

#Buasir
#Ostematrix
#OmegaGuard
#AlfalfaComplex
#HerblaxShaklee

Jenis-jenis buasir #2



Buasir Dalaman - salur darah membengkak di lapisan rektum. Selepas membuang najis akan berlaku pendarahan walaupun tidak berasa sakit. Apabila pesakit meneran, ia boleh mencederakan permukaan busair dan berdarah ( darah yang keluar adalah titisan berwarna merah cerah).

#Buasir
#Ostematrix
#OmegaGuard
#AlfalfaComplex
#HerblaxShaklee

Apa punca terjadinya buasir?

🦋 Buasir boleh terjadi pada sesiapa saja tapi paling berisiko adalah mereka yang berumur 30 tahun ke atas
🦋 Wanita hamil juga berpotensi kerana bila janin membesar ia memberi tekanan kepada bahagian dubur
🦋 Mereka yang suka meneran masa membuang air besar
🦋 Obesiti
🦋 Mereka yang suka mengangkat benda2 berat
🦋 Cirit birit
🦋 Suka duduk mencangkung terlalu lama
🦋 Ada masalah batuk yang teruk
🦋 Seks melalui dubur

#Buasir
#Ostematrix
#OmegaGuard
#AlfalfaComplex
#HerblaxShaklee

 Rawat #Buasir dengan Shaklee!

Only 4 items :-

#AlfalfaComplex
Digunakan secara tradisional untuk membantu sembelit dan ia juga mengandungi serat . Berfungsi untuk menjaga kesihatan usus dan mengurangkan tekanan pada rektum.


#Ostematrix
Suplemen kalsium dalam bentuk kaplet yang mudah ditelan. Berkesan membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar. Ia juga memberi keselesaan apabila ada luka di bahagian dubur kerana Ostematrix juga boleh melembutkan najis. Membantu membekukan darah dan mengelak kanser usus. Ostematrix ini banyak membantu wanita hamil / lepas berpantang yang ada sembelit .


#OmegaGuard
Supplement minyak ikan terbaik di dunia kerana kaya dengan EPA dan DHA. Ia juga sangat bagus untuk kesihatan sendi dan otot. Beri rasa yang melegakan apabila membuang air besar yang sakit dan perit. Dan juga membantu mengecutkan otot yang bengkak.

#Herbaxshaklee
Herba-Lax ada kombinasi herba yang digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.
Bagi yang kesulitan membuang air besar, Herba-Lax Shaklee yang lembut ini boleh membantu. Ia juga sangat sesuai dirawat bagi masalah buasir.

Antara testimoni yang berjaya dirawat dengan shaklee ⬇⬇⬇







Korang pun mesti nak jadi antara testimoni yang berjaya kan?
So yang berminat itu boleh whatsapp akak!

 Whatsapp akak 0197594024 (ida)
Pn.Suhaida
Independent Distributor 1242885
Shaklee Johor Bahru
Shaklee Johor



Sabtu, 4 Mac 2017

CAROTOMAX SHAKLEE VITAMIN MATA



Terima kasih kerana sudi melawat blog kak Ida 🌹😍
Carotomax ni memang bagus untuk korang yang selalu mengadap laptop berjam-jam tu 😅

carotomax_shaklee
Nama CarotoMax memang tidak asing lagi dalam Shaklee. Carotomax Shaklee mengandungi banyak kelebihan terutamanya sangat bagus untuk mata.

Mengapa Carotomax ?
Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat,
kulit dan membran mukosa.

Caratomax Shaklee mengandungi 6 jenis karotena yang diekstrak
dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan.


Alpha Carotene – untuk penglihatan malam, menjaga kesihatan mata, menghalang degeneragi penglihatan

Beta Carotene – memperbaiki kulit, mempercepatkan pemulihan luka, mempertingkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

Lycopene – bersifat antioksida, menghalang penuaan organ, mengurangkan penyakit kelenjar prostat, untuk kesihatan serviks, jantung dan menguatkan sistem imun.

Lutien – menyekat katarak, glaucoma, AMD (penyakit macular berkaitan umur)
Zeaxanthin – melindungi mata, menurah cahaya gelombang biru pendek berbahaya, mengurangkan risiko kanser ovai & payudara termasuk endometrial & serviks.

Astaxanthin – pigmen di dalam alga & fitoplankton yang memberikan warna pink pada ikan salmon, tetapi Shaklee telah menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang tulen dan poten. Ia membantu melindungi oksidasi kolesterol LDL.

Kebaikan utama Carotomax Shaklee :

Lebih selamat dari Vitamin A : Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun, ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursos vitamin A dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.



Mempertingkatkan penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, kelesuan mata, katarak, eye bags dan gegelung hitam di mata.

Meredakan penyakit kulit - Pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur dan jerawat.
Melindungi epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

Melawan kanser dan oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru & payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
Menghalang infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma dan selsema.





Menggalakkan perkembangan normal dan sihat - merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, gusi dan sistem reproduksi juga penghasilan sperma yang sihat.


Jom kita




Untuk pertanyaa lanjut boleh hubungi kak ida 0197594024
ID 1242885

Rabu, 1 Mac 2017

TAWARAN ISTIMEWA VIVIX SHAKLEE


Alhamdulillah terima kasih kerana sudi singgah ke blog akak..😊
Korang... cantikkan AQUA MUG tu? Berminat nak dapatkannya ke? Ok sebelum tu biar akak terangkan sedikit tentang Vivix dari shaklee ni yang sudah menjadi si jantung hati ramai orang 😊


Vivix ialah sejenis minuman campuran botani , merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser:

Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011,beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai kesan anti-kanser.

Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.

Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007 oleh Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadisel-sel kanser).

Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen)
.
Ternyata Vivix Shaklee sangat membantu pesakit kanser dan mengelakkan sel kanser membiak dengan lebih teruk kerana Vivix Shaklee mengandungi kuasa 10 kali resveratrol yang menentang sel kanser .


Kandungan utama dalam VIVIX adalah RESVERATROL yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut daripada penyakit. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol boleh bertindak sebagai antioksidan terhebat dan anti inflammatory.


Ramuan Vivix  telah terbukti memberi kesan positif terhadap empat  mekanisme utama  penyebab penuaan. 4 mekanisma utama penuaan selular:
Kerosakan DNA - Vivix memelihara dan memulihara kerosakan DNA
Pengawal Genetik (Fitrah) - Vivix memberi impak positif tehadap pengawal genetik dengan memperlahankan penuaan pada peringkat selular
Penurunan Tenaga Selular - Mitochondria dalam sel tubuh kita menghasilkan tenaga (spark plug) - Ramuan Vivix merangsang biogenesis mitochondrin
Penimbunan Protein AGE (Advanced glycation end products) - Vivix 10 kali lebih berkuasa berbanding resveratrol sahaja dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.

Resveratrol merupakan salah satu kandungan dalam Vivix yang telah dirujuk lebih daripada 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institute of Aging, National Cancer Institute, dan banyak lagi.

Kanser mungkin adalah bidang paling dinamik (pelbagai sudut) penyelidikan mengenai resveratrol. Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh menunjukkan ia menghalang atau menghentikan pelbagai peringkat kanser. Resveratrol bukan sahaja menghindar kanser, malahan ia dicadangkan sebagai rawatan tambahan.

------------------------------------*KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE*

🎀 Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
🎀 Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
🎀 Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
🎀 Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
🎀 Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
🎀 Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
🎀 Membantu merawat penyakit parkinson
🎀 Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
🎀 Meningkatkan kesihatan imum badan
🎀 Menggalakan kesihatan keseluruhan

Dapatkan Energy for Life Health Set dengan tawaran ISTIMEWA.

Setiap pembelian, anda layak untuk membuat belian (PWP) sebiji AQUA MUG dengan harga RM10.60 sahaja!

Anda juga akan dapat beg kertas Shaklee 'Creating Healthier Lives' sebanyak 2 unit secara PERCUMA.

Lebih istimewa...

Anda juga layak keahlian Shaklee secara PERCUMA dan layak cash back bonus RM36!

Nak tahu macam mana??

PM atau Whatsapp saya segera!

Suhaida bt mohamed
Shaklee Independent Distributor 1242885
Call / Whatsapp/ SMS : 014-358 0109
Email : suhaidaaida69@yahoo.com

#Vivix
#Energy4LifeHealthSet