Rabu, 1 Februari 2017
Indahnya kampung halamanku
Assalamualaikum selamat pagi sahabat . ini adalah gambar yang saya ambil masa balik kampung baru- baru ni
MasyaAllah cantiknya permandangan kampung ku, kampung kuala besut terengganu
Terasa damai terasa diri ini insan yang kedil terasa nikmat yang Allah beri ni terlalu besar dan tidak dapat digambarkan dengan kata2, bertapa Cantiknya waktu fajar menyinsing, benarlah katamu ya Allah dalam surah Ar-Rahman ﻓَﺒِﺄَﻱِّ ﺁﻟَﺎﺀِ ﺭَﺑِّﻜُﻤَﺎ ﺗُﻜَﺬِّﺑَﺎﻥِ
42. Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?
Setiap kali saya down saya akan lihat kembali gambar ni betulah kata orang kalau kita rasa masalah kita sebesar lautan yakinlah nikmat Allah sebesar lautan
Baru2 saya ada pergi seminar perniagaan bersama mentor Arab. Ada sedikit ilmu yang saya dapat saya dari mentor Arab. Ini saya kongsikan semoga bermafaat untuk kita semua
Situasi 1
Suatu hari orang kampung bercadang untuk membuat solat hajat memohon hujan turun. Bila masa hendak bersolat ramai orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang budak yang membawa payung.
Itulah yang dinamakan KEYAKINAN.
Situasi 2
Bila anda melambung bayi ke udara, dia ketawa sebab dia tahu anda akan dapat menangkapnya semula.
Itulah yg dinamakan KEPERCAYAAN.
Situasi 3
Setiap malam kita hendak pergi tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari.
Itulah yang dinamakan HARAPAN.
Teruslah menaruh “KEYAKINAN, KEPERCAYAAN dan HARAPAN” kepada Dia Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu segalanya.
Ini pun dinamakan nikmat juga, nikmat ilmu yang Allah beri disampaikan melalui sesorang..
Oklah sampai disini sahaja coretan saya untuk pagi ni salam ceria sahabat selamat pagi selam menjemput rezeki
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan