Suka tak tengok kulit baby ? Gebu je kan, siap halus mulus lagi. Macam tu lah kulit kita masa kita bayi dulu. Tapi itu dululah ngeee. Apabila usia semakin meningkat kulit kita semakin kurang elastisiti dan semakin kendur. Ini disebabkan oleh satu unsur yang dinamakan kolagen.
Mengapa ini terjadi dan apa kaitannya dengan kolagen pula ?
Kolagen atau collagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk menyokong tisu tisu badan kita bagi mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit. Semasa kita bayi, kandungan kolagen adalah sangat tinggi, sebab itulah kulit bayi lebih anjal dan cantik. Tapi apabila usia kita melewati 25 tahun dan keatas, penghasilan collagen semakin berkurangan. Bila kurang, tiada apa yang menyokong tisu badan kita tadi. Lama kelamaan , kita boleh nampak adanya kedutan di tepi mata, tangan dan kaki. Cuba tengok nenek, datuk kita, boleh nampak adanya kedutan yang ketara pada tangan dan muka mereka kan. Itulah tandanya badan kekurangan collagen.
Kolagen Menyusut Selepas Berusia 25 Tahun
Jadi, kalau kolagen dah semakin berkurang dalam badan, macam mana nak buat ? habislah kulit jadi tak cantik lagi lepas ni ?! Jangan risau, kita masih boleh ambil kolagen tambahan dari sumber luar contohnya seperti Collagen Powder Shaklee. Kolagen ini bukan sebarang kolagen tau, tapi dihasilkan daripada sumber yang tahan lasak. Khas untuk menampung kehilangan kolagen dari tubuh kita akibat pertambahan usia. Sebab itulah ia dikatakan antara produk collagen terbaik.
Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder
Keunikan Collagen Shaklee ialah ia bertindak dalam tiga cara. Tidak seperti kolagen yang lain yang hanya tertumpu untuk keanjalan sahaja. Tiga cara yang dimaksudkan tadi ialah :-
KeanjalanPenghidratanAntioksidan
Jika amalkan betul betul, hasilnya memang lumayan! Anda akan perasan perubahan pada tekstur kulit. Yang paling nampak pada muka lah kan. Ini antara testimoni pengguna yang telah amalkan Shaklee Collagen Powder.
Nampakkan sebelumnya ada pigmentasi, kulit kusam dan nampak kasar. Tapi selepas itu tona kulit lebih sekata, lebih gebu dan halus! Bintik bintik hitam pun sudah tiada lagi.
1.Collagen Shaklee ini di hasilkan daripada apa ?
Bahan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam. Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung. Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.
2. Mengapa Sisik Ikan Merah Laut Dalam ?
Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.
3. Apakah Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder ?
Selain daripada kelebihan collagen Shaklee yang tahan lasak, kebaikan lain ialah molekul collagen juga ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton sahaja dan mudah diserap oleh badan berbanding kolagen biasa yang beratnya 300,000 Dalton yang sekaligus menyukarkan penyerapan oleh tubuh. Bila mudah diserap, maknanya kesannya juga maksimum. Ada yang mengadu, dia dah makan kolagen jenama lain tapi tak nampak kesan. Mengapa ? Sebab kolagen yang biasa , molekulnya besar dan tidak dapat diserap dengan sempurna. Akhirnya di buang saja. Rugikan ?
Collagen Shaklee juga membekalkan 4000mg “kolagen proprietary” menjadikan kolagen Shaklee jauh lebih unggul dan terbukti berkesan dalam tempoh yang singkat
Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet. Jika betul betul inginkan kesan yang bagus, ambil satu sachet setiap hari. Tapi jika ingin berjimat, boleh di ambil selang sehari selama sebulan
Macam Mana Cara Nak Makan Collagen Shaklee ni ?
Ia dalam bentuk serbuk yang didatangkan didalam sachet (uncang) . Hanya larutkan sepeket uncang dalam air sejuk dan sedia diminum. Boleh juga dilarutkan dalam kordial mahupun jus. Sedap diminum sejuk sejuk.
6. Kenapa Mahal Harganya ?
Mahal kerana collagen powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan merah (red snapper) yang sememangnya dikenali sebagai sumber kolagen berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kebanyakan collagen di pasaran hanya menggunakan kolagen dari ikan salmon dan sumber lain. Harga pasaran juga untuk collagen ikan merah ini boleh mencecah ke rm400-500. Tapi di Shaklee tidak sampai RM300 pun!
Tambahan pula ia diadun dengan bahan bahan semulajadi lain yang telah di uji keberkesanannya pada kulit kita. Memang confirm SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN! Itu jaminan SHAKLEE !
. Berapa lama nampak Kesan ?
Kesan Shaklee collagen powder berbeza beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 dah rasa kulitnya lembap dan moist. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama.
Antaranya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu.
Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi dihadapan suami nanti kerana kesan Collagen Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu !
Testimoni
Independent distributor shaklee: suhaida bt mohamed
ID : 1242885
WHATSAPP 0197594024