Sabtu, 15 April 2017

MANFAAT COLLAGEN POWDER SHAKLEE



Suka tak tengok kulit baby ? Gebu je kan, siap halus mulus lagi. Macam tu lah kulit kita  masa kita bayi dulu. Tapi itu dululah ngeee. Apabila usia semakin meningkat kulit kita semakin kurang elastisiti dan semakin kendur. Ini disebabkan oleh satu unsur yang dinamakan kolagen.

Mengapa ini terjadi dan apa kaitannya dengan kolagen pula ?

Kolagen atau collagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk menyokong tisu tisu badan kita bagi mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit. Semasa kita bayi, kandungan kolagen adalah sangat tinggi, sebab itulah kulit bayi lebih anjal dan cantik. Tapi apabila usia kita melewati 25 tahun dan keatas,  penghasilan collagen semakin berkurangan. Bila kurang, tiada apa yang menyokong tisu badan kita tadi. Lama kelamaan , kita boleh nampak adanya kedutan di tepi mata, tangan dan kaki. Cuba tengok nenek, datuk kita, boleh nampak adanya kedutan yang ketara pada tangan dan muka mereka kan. Itulah tandanya badan kekurangan collagen.


Kolagen Menyusut Selepas Berusia 25 Tahun

Jadi, kalau kolagen dah semakin berkurang dalam badan, macam mana nak buat ? habislah kulit jadi tak cantik lagi lepas ni ?! Jangan risau, kita masih boleh ambil kolagen tambahan dari sumber luar contohnya seperti Collagen Powder Shaklee. Kolagen ini bukan sebarang kolagen tau, tapi dihasilkan daripada sumber yang tahan lasak. Khas untuk menampung kehilangan kolagen dari tubuh kita akibat pertambahan usia. Sebab itulah ia dikatakan antara produk collagen terbaik.

Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Keunikan Collagen Shaklee ialah ia bertindak dalam tiga cara. Tidak seperti kolagen yang lain yang hanya tertumpu untuk keanjalan sahaja. Tiga cara yang dimaksudkan tadi ialah :-



KeanjalanPenghidratanAntioksidan

Jika amalkan betul betul, hasilnya memang lumayan! Anda akan perasan perubahan pada tekstur kulit. Yang paling nampak pada muka lah kan. Ini antara testimoni pengguna yang telah amalkan Shaklee Collagen Powder.



Nampakkan sebelumnya ada pigmentasi, kulit kusam dan nampak kasar. Tapi selepas itu tona kulit lebih sekata, lebih gebu dan halus! Bintik bintik hitam pun sudah tiada lagi.

1.Collagen Shaklee ini di hasilkan daripada apa ?

Bahan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam. Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung. Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga  di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.


2. Mengapa Sisik Ikan Merah Laut Dalam ?

Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.


3. Apakah Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder ?

Selain daripada kelebihan collagen Shaklee yang tahan lasak, kebaikan lain ialah molekul collagen  juga ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton sahaja dan mudah diserap oleh badan berbanding kolagen biasa yang beratnya 300,000 Dalton yang sekaligus menyukarkan penyerapan oleh tubuh. Bila mudah diserap, maknanya kesannya juga maksimum. Ada yang mengadu, dia dah makan kolagen jenama lain tapi tak nampak kesan. Mengapa ? Sebab kolagen yang biasa , molekulnya besar dan tidak dapat diserap dengan sempurna. Akhirnya di buang saja. Rugikan ?

Collagen Shaklee juga membekalkan 4000mg “kolagen proprietary” menjadikan kolagen Shaklee jauh lebih unggul dan terbukti berkesan dalam tempoh yang singkat


4. Sekotak ada berapa ? Tahan berapa lama?

Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet. Jika betul betul inginkan kesan yang bagus, ambil satu sachet setiap hari. Tapi jika ingin berjimat, boleh di ambil selang sehari selama sebulan

Macam Mana Cara Nak Makan Collagen Shaklee ni ?

Ia dalam bentuk serbuk yang didatangkan didalam sachet (uncang) . Hanya larutkan sepeket uncang dalam air sejuk dan sedia diminum. Boleh juga dilarutkan dalam kordial mahupun jus. Sedap diminum sejuk sejuk.


6. Kenapa Mahal Harganya ?

Mahal kerana collagen powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan merah (red snapper) yang sememangnya dikenali sebagai sumber kolagen berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kebanyakan collagen di pasaran hanya menggunakan kolagen dari ikan salmon dan sumber lain. Harga pasaran juga untuk collagen ikan merah ini boleh mencecah ke rm400-500.  Tapi di Shaklee tidak sampai RM300 pun!

 Tambahan pula ia diadun dengan bahan bahan semulajadi lain yang telah di uji keberkesanannya pada kulit kita. Memang confirm SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN! Itu jaminan SHAKLEE !

. Berapa lama nampak Kesan ?

Kesan Shaklee collagen powder berbeza beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 dah rasa kulitnya lembap dan moist. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada  ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama.

Antaranya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu.



Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi dihadapan suami nanti kerana kesan Collagen Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu !

Testimoni




Independent distributor shaklee: suhaida bt mohamed
ID : 1242885
WHATSAPP 0197594024

Isnin, 3 April 2017

MANFAAT PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kak ida. Peppermint Ginger Plus memang tak asing lagi dikalangan mereka yang nak hilangkan perut sebu, legakan gastrik dan morning sickness.

 Apa manfaat Peppermint Ginger Plus Shaklee ini?

Ok disini akak nak terangkan keistimewaan utama Peppermint Ginger Plus ialah gabungan 4 jenis herba semulajadi dari Timur dan Barat. Maksudnya untuk menghasilkan setiap biji/tablet Peppermint Ginger Plus ini, Shaklee telah menggunakan teknologi sains terkini untuk mengkombinasikan 4 jenis herba terbaik untuk kesihatan iaitu pokok adas, cekur manis, daun pudina dan halia.

Pokok Adas / Fennal
Ia membantu menghilangkan kembung perut, melegakan kesakitan perut dan membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus. Biasnya orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk tujuan menghilangkan masalahkembung perut.

Cekur manis (anise)
Bagi orang Mesir Purba, mereka telah lama menggunakan cekur manis. Sebab apa? Ia dapat membantu melegakan masalah pencernaan, mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut, dan merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan. Cekur manis juga mampu memberikan peredaran tenaga di dalam badan.

Daun pudina
Daun ini banyak digunakan bagi membantu proses penghadaman. Ia juga kerap digunakan untuk mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness bagi ibu mengandung. Daun pudina juga dapat mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit termasuk mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Kerap demam? Daun ini dapat merangsang pengeluaran peluh sekaligus mengurangkan risiko demam akibat selsema dan demam lebih cepat kebah.

Halia
Sejak 2000 tahun lepas, orang Cina telah lama menggunakan halia untuk tujuan kesihatan dan pemakanan harian. Halia sangat baik untuk merangsang rembesan enzim Salvia supaya makanan lebih mudah dicernakan. Halia juga membantu melegakan sakit perut, mengurangkan sakit senggugut dan mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss / selepas pembedahan.

Ada lagi kebaikan lain Peppermint Ginjer Plus ?

Membantu melegakan otot perut
Membantu mengurangkan simptom-simptom demam
Melancarkan sistem penghadaman
Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik
Meningkatkan fokus
Menghalang muntah selepas pembedahan
Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
Melegakan haba pada musim sejuk / panas
Membantu melegakan / mengurangkan morning sickness
Melegakan senak perut

Siapa yang boleh mengambil Peppermint Ginger plus?
Mereka yang suka mengembara dan mengalami mabuk laut/darat
Mereka yang ada masalah gastrik dan angin dalam badan Ibu mengandung yang ada masalah loya dan morning sickness
Mereka yang kerap mengalami kembung perut
Mereka yang ada masalah kencing kotor dan lawas
Mereka yang mengalami masalah sembelit / kurang lawas

Bagaiman cara pengambilan PepperMint Ginjer Plus yang betul?
cara terbaik untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee.
Pertama, boleh ditelan Perppermint Ginjer Plus begitu sahaja. Cara kedua dengan mencampurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus dengan air teh o panas. Rasa dia sungguh nyaman dan melegakan. Boleh mengamalkannya 2 -3 kali sehari.
Jika untuk tujuan mencuci usus dan perut boleh melarutkan 3 biji Pappermint Ginger Plus dengan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam kemudian boleh diminum
Jika untuk penghadaman akak sarankan ambil 3 biji selepas makan
Jika untuk melegaan tekak, batuk atau sendawa boleh terus hisap 2 biji Peppermint Ginget Plus.
Jika untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk boleh ambil 3-5 biji Peppermint Ginjer Plus dan dilarutkan dalam air panas untuk menjadi teh herba


Suhaida 0197594024
Id Shaklee 1242885

Rabu, 29 Mac 2017

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Anda disahkan hamil? Tentu seronokkan sebab tak lama lagi bakal menjadi seorang ibu. Dan tak lama lagi dapat merasai sesuatu yang bergerak-gerak didalam kandungan, waw tentu hebat semua tu kan? Nikmat yang Allah beri

Namun dalam duk seronok tu pasti ada cabarannyakan
Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal


- Alahan Teruk
- Morning Sickness
- Tak boleh makan atau tiada selera makan
- Muntah dan Loya
- Anemia = Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
- Keletihan dan rasa malas
- Mood swing

Biasanya ibu hamil mengalami simptom Kehamilan yang boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Jangan risau, keadaan tersebut hanya sementara.Simptom Kehamilan boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang diperlukan dan cara yang betul.Selain itu, rehat yang secukupnya dan sokongan yang kuat daripada suami juga amat diperlukan .

Set mengandung shaklee dapat membantu korang menjalani proses kehamilan dengan indah.



First Trimester

Vitalea (multivitamin dengan zat besi)
- Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) dimana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
- Anemia ini merbahaya kepada anak dan ibu kektika bersalin kelak.
- Oleh itu, pengambilan mulivitamin amat penting semasa mengandung.
- Vitalea adalah produk wajib dalam set kehamilan shaklee trimester 1 2 dan 3


2 . B Complex (asid folik)
- B Complex Shaklee ini unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin , mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.
Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnnya 200@400 mcg (1@2biji) asid folik sehari.


3.Vitamin C
Membantu dalam proses pembinaan kolagen , menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
Meningkatkan sistem pertahanan dan
membantu dalam penghadaman bagi ibu-ibu mengandung.
Vitamin C juga meningkatkan kadar serapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


4 . Ostematrix (pil kalsium)
Membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menganggu kalsium
untuk keperluan tubuh si ibu .
Ia juga membaiki rangsangan urat saraf,
mengelakkan kekejangan otot bagi ibu-ibu mengandung.
Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi .

Untuk second & third trimester bolehlah ambik Omega guard dan Esp


5.Omega Guard
- Minyak ikan tulen sangat penting dalam
membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
- Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi .
- Manakala untuk ibu pula, ia membantu
mengawal paras kolesterol dalam badan


.
6.ESP (Protein)
ESP memberi tenaga ibu mengandung, di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat serta untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit .
Membantu ,membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu pertumbuhan plasenta dan penghasilan susu

.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kak ida ya.  untuk mendapatkan set  mengandung ni bolehlah hubungi
Whatsapp/call/sms  suhaida 0197594024
Id 1242885

KESAN SAMPINGAN PRODUK SHAKLEE

ADAKAH INI KESAN SAMPINGAN SHAKLEE? | SIDE EFFECTS PRODUK SHAKLEE


Banyak pertanyaan daripada pengguna selepas pertama kali menggunakan produk Shaklee sebagai makanan tambahan atau supplemen ini. Dan ada sesetengah pengguna seakan-akan takut untuk meneruskan pengambilannya setelah mengalami beberapa kesan sampingan setelah mula mengamalkan
vitamin Shaklee ini.

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui apa tu "Healing Crisis".
Okey mari akak terangkan sedikit apa itu healing crisis

HEALING CRISIS adalah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan terhadap perubahan untuk menjadi lebih sihat daripada proses penyembuhan secara semulajadi. Ianya berlaku apabila badan membuang toksin dari sistem tubuh disebabkan prosess pembersihan. Healing crisis ini boleh terjadi apabila menukar diet pemakanan, supplement dan treatment.

Dari sudut perubatan, healing crisis ini berlaku apabila sel-sel badan mengeluarkan toksin dalam sistem badan tetapi organ-organ penyingkiran toksin seperti kulit, hati, paru-paru, buah pinggang dan pundi kencing tidak mampu untuk menyingkirkan toksin tersebut dengan cepat.

Healing crisis adalah sangat normal dan berbeza untuk setiap indivdu. Ada individu kesanya ringan dan ada yang mengalami kesan yang teruk. Tetapi healing crisis ini adalah untuk sementara waktu sehingga badan dapat melawaskan toksin dengan lebih efektif.

Selalunya simptom ini akan berkurangan selepas 2 atau 3 hari dan adakalanya berminggu-minggu. Lebih lama toksin berada dalam badan lebih cepat individu akan mendapat penyakit. Bagi yang sudah ada major illness healing crisis mereka mungkin lebih teruk dari individu biasa.

Healing crisis ini adakalanya menakutkan tetapi ianya adalah tanda yang sangat membantu. Sebabnya kita tahu apa yang diambil sedang memberi kesan terhadap badan kita atau tidak.

Ok..jom kita lihat antara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna supplemen ini. Adakah anda mengalami salah satu situasi dibawah ini ?

Disini saya sertakan sekali pelbagai persoalan yang biasanya timbul yang mungkin dapat membantu anda semua ya...


Ini antara persoalan yang timbul beserta jawapannya sekali ya::

1. “Kencing saya berwarna kuning dan keruh apabila mengambil vitamin Shaklee”
Normal. Pengambilan vitamin yang mengandungi
vitamin B akan merubah warna air kencing kerana kandungan komponen vitamin B (larut air) yang dikeluarkan melalui air kencing.

2. “Kepala saya jadi pening selepas mengambil Shaklee”
Normal. Healing crisis kerana kekurangan air dalam badan. Tingkatkan kuantiti air (paling kurang 3L sehari).

3. “Susu saya jadi kuning/kehijauan selepas ambil Shaklee”
Normal. Kuning disebabkan vitamin B, hijau kerana kandungan klorofil dalam alfalfa.

4. “Saya jadi lawas pulak lepas ambil Shaklee”
Normal. Alfalfa juga bertindak sebagai pelawas.

5. “Saya demam lepas ambil Shaklee. Tapi suami saya dah 3 hari demam”
Mungkin berjangkit demam husband/memang dah nak demam.

6. “Period saya datang selepas ambil Shaklee”
Mungkin dah sampai masanya untuk period.

7. “Badan saya makin lesu lepas ambil Shaklee”
Normal. healing crisis. Banyakkan minum air.

8. “Anak saya kurang menyusu selepas ambil Shaklee”
Normal. Bayi cepat kenyang.

9. “Anak saya tidur lebih lama selepas saya ambil Shaklee”
Normal. Bila dah kenyang, tidurlah

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Suhaida mohamed
Tel/Sms/Whatsapp: 019-7594024
Visit and like fb page : Shaklee Indepedent Distributor Johor Bahru

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN
MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Selasa, 28 Mac 2017

FADILAT PUASA SEPANJANG REJAB

Fadilat


puasa sepanjang Rejab
REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta'azim
(kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan
kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi
peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk,
pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah
berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat
Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya
ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan
ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat
ibadat di dalam bulan itu.
Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil
kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh
sahabat mengenai kelebihan Rejab:
Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai
kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:
l Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga
tertinggi.
l Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan
pahalanya.
l Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang
yang menghalangnya ke neraka.
l Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
l Puasa lima hari - aman dari azab kubur.
l Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
l Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
l Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
l Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak
ditolak dia dari memasuki syurga.

l Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan
hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua
sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

l Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

l Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata
bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

l Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama
menziarahi Allah di dalam syurga.

l Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

l Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

l Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia
berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70
hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang
amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

l Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya,
jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
l Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada
susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.

l Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya
seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari
seribu kali.
l Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai
bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan
serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari,
sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain pada Rejab:
l Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab
Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
l Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam
Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
l Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah.
l Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala
Ramadan bulan menuai.
l Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan
menyucikan roh.
l Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala
Ramadan menggandakan kebajikan.

l Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan
dilimpahi pahala amalan yang banyak.

l Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan
Ramadan diganda 1,000 pahala
.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
l Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
l Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
l Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
l Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-
Nya
l Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah
Islam lain.
Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:
l Israk dan Mikraj (27 Rejab)
l Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
l Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.


Doa pada Rejab:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami
ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada
Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau
yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku
dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada
padaku.
Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku
mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat
mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan
melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

Di petik dari unit
Pendidikan Islam & ICT PPD jasin
 http://www.ppdjasin.edu.my

Suhaida
Id shaklee :1242885
Sms/whatsapp/call: 0197594024

Rabu, 22 Mac 2017

KEJUJURAN




Kisah pemuda yang jujur

Suatu hari , Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi . Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu .
Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda . Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka .

Ketika mereka sudah sampai , berhadapan dengan Umar , kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata :
" Tegakkanlah keadilan untuk kami , wahai Amirul Mukminin !"

" Qishaslah pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !"

Umar segera bangun dan berkata :
" Bertakwalah kamu kepada Allah , benarkah engkau membunuh ayah mereka , wahai anak muda ?"

Pemuda berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata :
" Benar , wahai Amirul Mukminin ."

" Ceritakanlah kepada kami kejadiannya ," ujar Umar .

Pemuda berpakain lusuh itu kemudian memulakan ceritanya .

" Aku datang dari pendalaman yang jauh , kaumku mempercayaiku atas suatu urusan muamalah untuk aku selesaikan di kota ini .

Apabila sampainya aku di kota ini , aku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkan dia (unta) . Begitu pantas , setelah aku kembali , aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku , rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu . Sungguh , aku jadi sangat marah tidak terkawal waktu itu , segera aku cabut pedangku dan kubunuh dia (lelaki tua tadi) . Ternyata dia adalah ayah dari kedua pemuda ini ."

" Wahai, Amirul Mukminin , engkau telah mendengar ceritanya , kami boleh mendatangkan saksi untuk itu ," sambung pemuda yang ayahnya terbunuh .

" Tegakkanlah hak Allah keatasnya ! Setimpal dengan yang lain ."

Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu .

" Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya . Dia membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat ," ujarnya .

" Izinkan aku meminta  dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu ," kata Umar .

" Maaf Amirul Mukminin ," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala .

" Kami sangat menyayangi ayah kami , dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga ."

Umar semakin bimbang , di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda berpakaian lusuh yang dinilainya amanah , jujur , dan bertanggungjawab .

Tiba-tiba si pemuda berpakaian lusuh berkata :
" Wahai Amirul Mukminin , tegakkanlah hukum Allah , laksanakanlah hukum qishas ke atasku . Aku redha dengan ketentuan Allah ," ujarnya dengan tegas .

" Namun , izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku . Berilah aku tangguh selama 3 hari . Aku akan kembali untuk penghukuman qishas ."

" Mana boleh begitu ?" ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu .

" Nak, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu ?" tanya Umar al Khattab .

" Sayangnya tidak ada , wahai Amirul Mukminin ."

"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku ?" pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar .

" Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari . Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu " kata Umar .

" Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini . Hanya Allah , hanya Allah-lah penjaminku wahai orang-orang yang beriman ," katanya dalam nada kesedihan .

Tiba-tiba dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang :
" Jadikan aku penjaminnya , wahai Amirul Mukminin ."

Ternyata Salman al-Farisi yang berkata .

" Salman ?" Umar mengherdik , kelihatan agak marah .
" Kau belum mengenal pemuda ini , Demi Allah , jangan engkau main-main dengan urusan ini ."

" Perkenalanku dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya , ya Umar . Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya ," jawab Salman dengan tenang .

Akhirnya dengan berat hati , Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda berpakaian lusuh tersebut . Pemuda itu pun segera pergi menguruskan urusannya .

Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh itu . Begitupun juga hari kedua . Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si pemuda tersebut akan kembali . Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan masa yang ditetapkan .

Hari ketiga pun tiba . Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut , dan mereka mulai khuatir akan nasib Salman , salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling utama .

Matahari hampir tenggelam , hari mulai berakhir , orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda berpakaian lusuh . Umar berjalan mundar-mandir menampakkan kegelisahannya . Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu .

Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas . Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman . Hadirin mulai teresak-esak menangis , kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan .

Tiba-tiba di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk , sekejap jatuh , sekejap bangun , kemudian jatuh lagi , lalu ia bangun kembali .

” Itu dia !” teriak Umar .
“ Dia datang menepati janjinya !” Masa dan waktunya

Dengan tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap , si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar .

” Hhuhuh..hh.. maafkan aku .. maafkan .. aku , wahai Amirul Mukminin ..” ujarnya dengan susah payah .
“ Tidak ku sangka ... urusan kaumku ... mensiakan ... banyak ... waktu ...”
” Kupacu ... tungganganku ... tanpa henti hingga ... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun ... Terpaksa ... aku tinggalkan ia ... lalu aku berlari dari sana ..”

” Demi Allah ,” ujar Umar menenanginya dan memberinya minum .

“ Mengapa kau bersusah payah untuk kembali ? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri ?” tanya Umar .

” Aku kembali agar jangan sampai ada yang mengatakan ... di kalangan Muslimin ... sudah tidak ada lagi pemuda ... yang menepati janji ...” jawab si pemuda berpakaian lusuh itu sambil tersenyum .

Mata Umar berkaca-kaca sambil menahan sedihnya , lalu ia bertanya :
“ Lalu engkau pula , Salman , mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin orang yang baru sahaja engkau kenal ?"

Kemudian Salman menjawab :
" Agar nanti jangan sampai dikatakan , di kalangan Muslimin ,  sudah tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya .”

Hadirin mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan kejadian itu .

” Allahu Akbar !” Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak .

“ Saksikanlah wahai kaum Muslimin , bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu .”

Semua orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut .

“ Kamu berdua ...” ujar Umar .
“ Apakah maksudnya ini ? Mengapakah kamu ..?” Umar semakin terharu .

Kemudian dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
” Agar jangan sampai dikatakan nanti , di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya .”

” Allahu Akbar !” terdengar ucapan takbir daripada hadirin .

Pecahlah tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang .

MasyaAllah ... saya bangga menjadi muslim andainya ada bersama kita pemuda berjiwa satria , muslim yang memuliakan al Islam dengan berbahagi pesan nasihat untuk tetap istiqomah berada di jalan-Nya .
Allahu Akbar …!
 Kisah yg hebat ..... Allahuakbar ! 😭😭😭

Teringin nak share sebab kehebatan kisahnya ... Allahuakbar !
Itulah  jiwa insan hasil produk didikan Rasullullah  yg semakin hilang .
Untuk sama sama renungkan

3 perkara yang semakin hilang
.
1) janji janji yang tidak dikotakan
2) saling percaya mempercayai dan menanggung beban bersama sama
3) saling memaafkan sedangkan apa yang dilakukan adalah membunuh 😭😭😭😭

Semoga kita masih ada 3 perkara ini .

In shaa Allah

Pengedar Sah Shaklee 1242885
0197594024 Suhaida

Ahad, 19 Mac 2017

TAWAKAL KEPADA ALLAH



BEBASKAN DIRI DARIPADA BERHALA DUNIA
Buat peniaga khususnya. 

Saya dapat catatan ini daripada Telegram.. Sungguh menyentik rasa. Saya kongsikan di sini. 

Kredit kepada penulis asal yang tidak diketahui siapa. 
----------------
Nice sharing utk kita2...

Buang Berhala Dunia!

Assalamualaikum wbt..
Siapa nak dengar cerita? Ini kisah sahabat saya. Kita namakan beliau, Amna.

Amna seorang peniaga online. Majoriti promosi dan iklan memang beliau guna media sosial. Setiap hari. Dah sah sah order yang datang dari media sosial. Kurang fokus kepada offline customer. Kalau ada pun dari ahli keluarga dan rakan terdekat.

Ada satu waktu, promosi yang dibuat langsung tak dapat sambutan. Beliau ubah cara promosi. Ubah teknik. Ubah pendekatan. Tapi, masih macam tu. Stok tak gerak-gerak. Ah sudah! Stress pun datang bertimpa-timpa. 

Hingga satu saat, Allah detikkan dalam hati supaya beliau off seketika. Beruzlah (jauhkan diri dari hal dunia dengan dekatkan diri kepada Allah untuk rasa tenang hati dan fikiran). Sepanjang tempoh itu, beliau cuma uruskan keluarga dan beramal ibadat macam biasa.

Cuma beliau kata, kadang ada bisikan-bisikan datang. Risau itu. Risau ini. Tak sudah sudah. Contoh;

“Camana ni order belum masuk?” “Kerja tu tak siap lagi.” “Kerja ni tak buat lagi.”

Stop. Stop. Stop kan suara-suara halus tu. Counter back dengan cakap macamni, 

“Ya Allah, bantu aku. Aku serahkan semua urusanku pada Engkau. Ya Allah tolonglah uruskan diriku, keluargaku, bisnesku dan kerja-kerja lain.”  

Kadang nak solat pun teringat-ingat lagi. Jadi, cakap lagi ulang-ulang.

“Ya Allah Ya Bari’, aku tak mampu. Tolong uruskan order order aku Ya Allah. Aku serah bulat-bulat kepada Engkau Ya Allah.” 

Tahu apa jadi? Tak lama. Beberapa hari lepas itu, tanpa buat marketing. Order masuk bertalu-talu. Ada customer offer diri nak jadi ejen. Tiba-tiba customer lama bank in untuk confirm order. Senang cerita, akaun bank aktif balik. Stok gerak sedikit demi sedikit. 

Allahu Akbar! Siapa yang buat semua itu? Pastinya Dia, Allah Maha Kuasa. Allah berhak gerakkan setiap inci zarah kehidupan. Tanpa izin Dia, semua benda akan stuck.

Kawan-kawan, kadangkala kita rasa taksub sangat dengan apa yang kita usaha. Buktinya kita lebih yakin, kalau buat yang ini mesti jadi. Buat itu confirm berjaya. 

Dalam tak sedar, wujud berhala dunia dalam hati kita. Seolah-olah, usaha-usaha itu yang bagi kita rezeki. Mungkin dengan rasa begitu, connection antara kita dan Allah terhijab (terhalang). 

Maka, macam-macam ujian Allah buat untuk tarik kita balik. Supaya kita tak jauh tersasar dari Dia. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Rezeki Dia luas. Rahmat Dia pun luas.

Berusahalah, bekerjalah sedaya upaya dan sesungguh hati. Cuma, sandarkan setiap satu kerja kepada Allah SWT. Bukan pada kudrat kita. Sandaran yang kuat buat kita tak mudah penat. Jauh dari rasa kecewa. Apatah lagi nak rasa diri hebat. 

Hakikatnya, semua milik Allah yang hakiki. Allah bagi pinjaman saja pada kita.

Nota : Sebelum buat apa-apa kerja, setkan niat Lillahi Ta'ala. InsyAllah Allah yang buatkan semuanya.

Moga bermanfaat...

Pengedar shaklee skudai: suhaida mohamed
                                       ID. : 1242885
Call/sms/whatsapp.         : 0197594024